Dewan di hias penuh ceria,
Hadirin hadirat segak bergaya,
Assalamualaikum pembuka bicara,
Selamat datang ke majlis mengenang jasa yg penuh bermakna!
Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum wbt.
Yang di muliakan…
Yang di hormati..
Dan yang dikasihi rakan rakan seperjuangan sekalian..
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya bertemu kita di dalam majlis mengenang jasa bagi meraikan pensyarah pensyarah yang telah banyak berkorban masa, tenaga demi mengajar dan mendidik anak-anak bangsa dalam melahirkan modal insan kelas pertama seperti mana yang diwar-warkan oleh yang berhormat perdana menteri malaysia kita.
Hadirin hadirat,
Bagi memberkati lagi majlis kita pada hari ini, di jemput……………………………………………untuk bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin amin Ya Rabbal A’lamin. Semoga dengan bacaan doa itu tadi majlis kita ini akan diberkati dan berjalan dengan lancar, insyaALLAH.
Tuan tuan dan puan puan.
Tidak lengkap majlis ini tanpa mendengar sepatah dua kata daripada hod…………………………… ( sebot name die)
Oleh itu,Majlis dengan ini segala hormatnya menjemput dan mempersilakan…………
Terima kasih di ucapkan kepada……………………..di atas ucapan beliau sebentar tadi.
Semoga pesanan dan juga nasihat yang disampaikan akan kita ingati.
Sekarang, majlis dengan hormatnya pula ingin menjemput penasihat………………… untuk menyampaikan ucapan.
Dipersilakan.
Terima kasih penasihat..
Tuan tuan dan puan puan,
Majlis dengan ini ingin menjemput presiden……………………………………….untuk menyampaikan ucapan.
Majlis mempersilakn..
Terima kasih kepada presiden………..
Hadirin hadirat,
Majlis diteruskan lagi dengan acara pemberian hadiah daripada wakil ajk kepada para pensyarah.
Dengan ini, dipersilakan.
Seterusnya, wakil daripada setiap sem untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.
Akhir sekali, kepada para pelajar yang hendak memberikan hadiah kepada para pensyarah, dipersilakan.
Tuan tuan dan puan puan,
Seterusnya, penyampaian sijil penghargaan kepada ahli jawatankuasa sesi……….
Dengan ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput hod diiringi en ayub untuk menyampaikan sijil penghargaan.
Jutaan terima kasih di ucapkan kepad hod……..di atas penyampaian sijil itu tadi.
Acara seterusnya adalah pembubaran bagi ahli jawatankuasa sesi…. Dan perlantikan ahli jawatankuasa yang baru.
Tuan tuan dan puan puan,
Dengan berakhirnya perlantikan ahli jawatankuasa yang baru itu maka berakhirlah sudah majlis ini. Tahniah kepada mereka yang telah menjadi ahli jawatankuasa yang baru dan diharapkan tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan dapat dilaksanakan dengan sempurnanya.
InsyaALLAH.
Saya akhiri majlis dengan serangkap pantun,
Buah durian buah berduri,
Sambal belacan makanan kegemaran,
Terima kasih kerana sudi menghadirkan diri,
Segala kekurangan harap di maafkan.
Sekian, wabillah hi taufiq wal hidayah,
Assalamulaikum wbt.
ilarfyoumusyuk!
No comments:
Post a Comment